Akhwatmuslimah.com
– Selepas melaksanakan Sholat Maghrib, dia memakai make-up pada
wajahnya, memakai pakaian pengantin putih yang cantik, mempersiapkan
dirinya untuk majlis pernikahannya sendiri, kemudian dia mendengar azan
‘Isya dan menyadari bahwa wudhunya telah terbatal. Lalu dia berkata
kepada ibunya: “Mak, saya perlu ambil wudu dulu dan sholat ‘Isya “
Ibunya terkejut: “Apa kamu gila?!! Tetamu sedang menunggu, untuk
melihat kamu! Bagaimana dengan make-up? ! Nanti habis dirusakkan oleh
air.”
Tambah ibunya lagi: “Sebagai ibu, mak tak izinkan kamu sholat sekarang!
Wallahi… jika kamu ambil wudu sekarang, mak akan tetap memarahi kamu.”
Anak perempuannya menjawab: “Wallahi… saya tidak akan pergi dari sini
sehingga saya melakukan sholat! Ibu sepatutnya tahu bahwa tidak ada
ketaatan kepada mana-mana makhluk agar mendurhaka kepada Maha
Pencipta.!!”
Ibunya berkata: “Apa kata tetamu nanti jika kamu muncul dalam majlis
perkahwinan sendiri tanpa make-up?! Tentu nampak jelek atau tidak cantik
di mata mereka! Mereka pasti akan mentertawakan kamu! “
Sambil tersenyum, anak perempuan itu bertanya: “Adakah ibu bimbang
kerana saya tidak cantik di mata mereka? Bagaimana pula dengan Maha
Pencipta saya? Saya bimbang kerana, jika saya terlepas sholat saya, saya
tidak lagi cantik di mata-Nya “
Dia mulai berwudu, dan semua make-up pada wajah telah hilang, tetapi dia tidak peduli.
Kemudian dia memulakan sholat itu dan pada masa dia turun untuk
sujud, dia tidak sadar bahwa ia akan menjadi satu sujud yang terakhir!
Ya! Beliau meninggal dunia ketika dalam sujud! Pengakhiran yang besar
bagi Muslimah yang berkeras untuk mentaati Tuhannya! Banyak mereka yang
mendengar cerita ini begitu tersentuh!!
Beliau mengutamakan Allah dan ketaatan kepadaNya sebagai yang pertama
dalam keutamaan hidup beliau, jadi pengakhiran terbaik yang
dianugerahkan oleh Allah pada mana-mana umat Islam yang layak
memilikinya!
Dia mau menjadi lebih dekat kepada-Nya, maka Allah mengambil nyawanya
pada saat di mana umat Islam berada paling dekat kepada-Nya!
SubhanAllah!
Dia tidak peduli jika dia tidak indah di mata makhluk, asalkan dia cantik pada Maha Pencipta!
Wahai saudari Muslimah, bayangkan jika anda berada di tempat itu! Apa
yang anda akan lakukan? Apa yang anda akan pilih: pujian manusia atau
Maha Pencipta?
Wahai sekelian insan! Adakah kita ada jaminan bahawa kita akan hidup untuk menit seterusnya? Jam? Atau bulan?!!
Tiada siapa tahu apabila saat mereka akan datang? Atau bila kita akan
bertemu malaikat Maut? Jadi, adakah kita bersedia untuk saat itu?
Wahai muslimah! Apa yang anda pilih: bersantai tanpa jilbab atau dirahmati Allah dengan memakai jilbab?
Adakah kita bersedia untuk menemui Allah tanpa jilbab?
[Diceritakan oleh Syeikh ‘Abdul Mohsen al Ahmad’, ia berlaku di Abha (Ibu Negeri Asir di Arab Saudi)]
*http://www.akhwatmuslimah.com/2012/11/1064/kisah-nyata-pengantin-mati-ketika-sujud-dalam-solat/
Comments
Post a Comment